19 Ogos 2017, Port Dickson, N. Sembilan. Seramai 40 orang pelajar Kolej Tun Dr. Ismail telah menghadiri Bengkel Pemantapan Organisasi 2017/18 di Kem Latihan Brindley, Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, N. Sembilan.
Program ini bertujuan untuk membentuk dan mengeratkan silaturrahim antara Majlis Tertinggi Mahasiswa, membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pemimpin kolej disamping merancang aktiviti-aktiviti pelajar berdasarkan misi dan visi kolej serta universiti, dan bersedia untuk memimpin para pelajar kolej ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah prosedur penganjuran program, Sponsorship talk, Komunikasi berkesan, Asas protocol, Kerja berkumpulan, Hala tuju kolej