SMART TOR-TEE | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » SMART TOR-TEE

SMART TOR-TEE

OLEH : Maisarah Binti Mohamad Ridha

 

SERDANG, 22 JUN 2023 - Sekretariat Intelek dan Inovasi, Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Sekretariat Cendekia dan Komunikasi Korporat, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program SMART Tor-Tee sepanjang semester 2 sesi 2022/2023 yang bertempat di Kolej Tun Dr Ismail dan Dewan Kolej Canselor. 

Program ini merupakan program yang menjadi platform utama di Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Canselor dalam usaha membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam akademik dengan bantuan rakan sebaya.

SMART Tor-Tee yang berkonsepkan mentor-mentee antara rakan sebaya telah memberi impak kepada pelajar yang terlibat dalam meningkatkan pencapaian akademik melalui bimbingan dan panduan pembelajaran serta pengurusan masa yang efektif dan dapat dilihat bahawa mentor bukan sahaja menitikberatkan mentee mereka dari segi akademik, malah memberi penghargaan kasih sayang dan membimbing mereka mengatasi tekanan dan masalah yang dihadapi.

 

Perjumpaan antara mentor dan mentee secara online.

 

Perjumpaan antara mentor dan mentee secara fizikal.

 

Sehubungan dengan itu, program SMART Tor-Tee juga telah menganjurkan dua segmen iaitu Youth Empowerment: Self Development pada 4 Jun 2023 bersama penceramah Encik Suhail Mohamed Kamaruddin dan segmen Heart to Heart pada 22 Jun 2023 bersama penceramah Puan Kamariah Derasol, Pegawai Psikologi UPM yang telah berjaya mendedahkan teknik-teknik meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar tanpa memikirkan orang lain.

 

Sesi ceramah Segmen Youth Empowerment : Self- Development

 

Pada akhir program, pelajar merasakan diri mereka telah berubah ke arah yang lebih positif dan mempunyai hasrat untuk kekal dan menjadi individu yang lebih baik.

Gambar kenang-kenangan turut sempat dirakam sepanjang program berlangsung bagi menyempurnakan majlis.

 

Sesi bergambar bersama penceramah jemputan, Puan Kamaliah bagi Segmen Heart to Heart

Date of Input: 04/07/2023 | Updated: 04/07/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcWAf~