D’PRESTIGE 24: KISAH PENGALAMAN, BEROLEK KENANGAN
BANGI, 06 Januari 2024 - Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Sesi 2023/2024, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI telah menganjurkan Malam Prestij Kemilau Juara 2024 (D’Prestige 24) dengan jayanya dan penuh gilang-gemilang bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Program bermula seawal 8.00 malam dengan kehadiran tetamu kehormat, barisan jawatankuasa pelaksana serta pelajar yang diraikan iaitu pelajar tahun akhir KTDI.