MAKA 1.0 PENDORONG KEUNGGULAN AKADEMIK | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » MAKA 1.0 PENDORONG KEUNGGULAN AKADEMIK

MAKA 1.0 PENDORONG KEUNGGULAN AKADEMIK

MAKA 1.0 PENDORONG KEUNGGULAN AKADEMIK

            OLEH : Nurin Irdina Syafiqah Binti Mohd Fadzli & Siti Nur Amirah

 

SERDANG, 26 Januari 2024 - Sekretariat Intelek dan Inovasi (INTEKNO), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 1.0 bertempat di Dewan Sri Harmoni, KTDI yang bertujuan untuk meraikan kejayaan para penerima anugerah setelah memerah keringat semasa peperiksaan semester 2 Sesi 2022/2023 baru-baru ini.

 

 

 

MAKA 1.0 kali ini menganugerahkan tiga kategori anugerah cemerlang iaitu Honourable Mention bagi mereka yang memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) 3.5 - 3.74, Anugerah Emas bagi yang mendapatkan PNG 3.75 - 4.0 dan Anugerah Platinum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.75 - 4.0 telah berjaya ditempah menjadikan jumlah penerima keseluruhan adalah seramai 280 orang.

 

Selain itu, terdapat juga Anugerah Blok Terbaik yang diberikan kepada blok lelaki dan blok wanita yang memperoleh jumlah penerima anugerah tertinggi dalam dua kategori ini. Bak kata peribahasa, genggam bara api biar sampai menjadi arang, itulah perlambangan yang dapat digambarkan bagi penerima Anugerah Blok Akademik Terbaik iaitu Blok Baung dan Blok Mawar apabila mereka berjaya mengungguli purata akademik terbaik bagi semester yang lepas.

 

Seterusnya, pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Prof. Dr. Aminuddin Hassan membentangkan statistik pencapaian akademik mengikut blok kediaman bagi melahirkan rasa bangga terhadap para pelajar KTDI dan sehubungan itu, sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan melalui ucapannya yang berbunyi, “Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua pelajar yang hadir bagi menerima anugerah pada majlis ini. Kepada para pelajar yang tidak berjaya jangan berputus asa, sebaliknya teruskanlah melipatgandakan usaha agar memperoleh kejayaan yang diimpikan pada masa hadapan serta terus melibatkan diri dengan perkara yang anda minati,” ujarnya.

 

 

MAKA 1.0 kali ini turut dimeriahkan dua penyanyi yang berbakat dengan nyanyian yang berjudul Istimewa daripada Nur Emylia Natasya dan Dealova daripada Sarah Sofea sebagai selingan antara penyampaian anugerah. Program diakhiri dengan nyanyian lagu UPM dan KTDI Juara yang secara tidak langsung memberi maksud bagi melahirkan semangat juang yang tidak kenal erti putus asa dalam diri pelajar-pelajar dan akhirnya, tidak dilupakan beberapa keping gambar kenang-kenangan turut sempat dirakam pada akhir program bagi menyempurnakan lagi majlis.

 

 

Date of Input: 02/05/2024 | Updated: 02/05/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFRPAh~