PERMATA KASIH MADANI 2024 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PERMATA KASIH MADANI 2024

PERMATA KASIH MADANI 2024

PERMATA KASIH MADANI 2024

 

Oleh: Wan Mohamad Azzam Wan Musa

 

CHERAS, 28 Mac - Sekretariat Kesukarelawanan dan Hubungan Luar (KESHLU), Kolej Tun Dr Ismail, UPM telah mengadakan program Permata Kasih Madani 2024 pada tarikh 28 Mac 2024 yang bertempat di Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras.

 

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada para peserta serta komuniti setempat untuk lebih cakna dan tidak memandang enteng akan peri pentingnya dalam menjaga hubungan dan mengasihi ahli keluarga selari dengan objektif utama program ini dijalankan iaitu sebagai satu titik penolak kepada semua peserta dan komuniti untuk sentiasa mempunyai sifat empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

 

Majlis Perasmian Permata Kasih Madani 2024

 

Program Permata Kasih Madani ini telah melibatkan 24 orang peserta Kolej Tun Dr Ismail sendiri untuk mengunjungi dan menyantuni anak-anak yatim di rumah bakti Nur Syaheera dan seterusnya majlis diteruskan dengan aktiviti ice-breaking untuk mengenali para peserta dengan lebih mendalam dan aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan kerjasama ahli jawatankuasa dan peserta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan diikuti dengan persiapan majlis berbuka puasa bersama-sama dan diteruskan lagi dengan aktiviti solat Magrib berjemaah sebelum berangkat pulang dan semua kelihatannya semua anak- anak rumah bakti disana merasai keseronokan apabila dikunjungi oleh pelajar UPM bilamana mereka terbuka untuk berbual-bual dan berkongsi cerita bersama para peserta.

 

 

 

 

Penyerahan mock-cheque kepada pengurus Rumah Bakti Nur Syaheera oleh Felo Penasihat, Puan Rahmawati bersama Pengarah Program, Nur Syaheera

 

Selain itu, kata-kata aluan dan penyerahan mock-cheque sebanyak RM1200.00 hasil sumbangan orang ramai yang disampaikan oleh Felo Penasihat KESHLU iaitu Puan Rahmawati Umar menyatakan bahawa beliau berharap program santuni anak-anak yatim sebegini harus dikekalkan terutama dalam kalangan mahasiswa agar anak-anak yatim yang berada di pusat kebajikan negara ini tidak merasa terpinggir dalam kalangan komuniti, merasa disayangi dan juga dihargai oleh komuniti luar.

 

Akhir kata, projek ini telah mendapat sambutan yang baik dan matlamat pelaksanaan program ini telah dicapai di samping segala cabaran dalam menganjurkan program ini dapat ditangani dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa program.

Date of Input: 30/04/2024 | Updated: 30/04/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFRPAz~